Carut, maki anak selama 8 jam dalam bas, sekali pak cik ni tegur padu punya

Carut, maki anak selama 8 jam dalam bas, sekali pak cik ni tegur padu punya

Carut, maki anak selama 8 jam dalam bas, sekali pak cik ni tegur padu punya. ANAK kecil terutamanya di bawah usia enam tahun sememangnya mempunyai kerenah yang boleh memeningkan kepala ibu bapa.

Kebiasaannya, ada sahaja perkara yang dilakukan mereka sehingga bisa menguji kesabaran.

Namun perkongsian seorang gadis di laman sosial yang memaparkan situasi di mana seorang ibu memarahi dan memukul anak kecilnya, membuatkan netizen turut sama geram dengan perbuatan wanita tersebut.

Mana tidaknya, daripada nada suara yang tinggi serta penggunaan bahasa yang kurang sesuai, ramai berpendapat tindakan wanita tersebut sebagai seorang ibu amatlah tidak wajar lebih-lebih lagi ketika berada di khalayak ramai.

Berkongsi cerita sebenar menerusi paparan Instagram Story, gadis yang dikenali sebagai Qissy itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada Ahad ketika dia dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Temerloh, Pahang menaiki sebuah bas ekspres.

Carut, maki anak selama 8 jam dalam bas, sekali pak cik ni tegur padu punya

“Dalam 11 jam perjalanan tu saya tak tenang langsung sebab ada seorang mak dengan dua orang anaknya, seorang bayi dan seorang lagi dalam lingkungan usia dua atau tiga tahun.

“Anak dia minta air, nak pergi tandas dan macam-macam lagi. Bayangkan, dari Kota Bharu ke Kuantan, sepanjang perjalanan itu makcik tersebut tak berhenti sumpah seranah anaknya.

“Tolong jangan tanya kenapa saya tak tegur dan tanya apa masalah makcik tersebut. Kalau anda dalam situasi saya, anda pun akan terkejut dan terkesima.

Qissy berkongsi cerita sebenar kejadian yang berlaku di dalam bas, menerusi Instagram Story.

“Ditambah rasa penat, kalau boleh tak nak masuk campur awal-awal. Lama-lama saya nak tegur juga tapi macam tak sampai hati sebab tak tahu apa situasi dia. Tapi bila dia mencarut, sebut anak ha***, bang***, bagi saya ia keterlaluan,” kongsinya.

Menurut Qissy, dia kemudian memberitahu seorang penumpang lelaki di hadapannya agar menegur perbuatan wanita tersebut.

“Bila bas berhenti dekat stesen bas Kuantan, pakcik di depan saya, dia seorang polis… mungkin dah tak tahan sabar, dia terus tegur.

“Sebab dah lama gila makcik tu tak berhenti marah anak dia. Orang sekeliling (penumpang lain) bengang dengar. Bas tu dua tingkat, sampai bawah boleh dengar. Driver bas pun dengar makcik tu bising-bising,” katanya lagi.

Saya tak tahu apa masalah makcik tu, mungkin dia ada masalah, meroyan atau perangainya memang macam tu. Tapi point utama saya, saya kesian dekat budak-budak tu.

Menurut Qissy, selepas ditegur oleh penumpang lelaki berkenaan, wanita tersebut memohon maaf di atas perbuatannya dan cuba menerangkan situasi yang dihadapinya.

Dalam pada itu Qissy menjelaskan tujuannya membuat rakaman tersebut langsung tidak berniat untuk mengaibkan wanita berkenaan namun hanya mahu ia dijadikan sebagai peringatan bersama.

“Saya rekod bukan nak aibkan makcik tu malah saya tak tunjuk pun mukanya atau muka anak-anaknya. Jangan salah faham.

“Saya tak tahu apa masalah makcik tu, mungkin dia ada masalah atau meroyan atau perangainya memang macam tu. Tapi point utama saya, saya kesian dekat budak-budak tu.

“Saya tak judge makcik tu, saya cuba faham daripada dua belah pihak. To be clear, saya faham mungkin makcik tu penat. Saya tak kahwin lagi dan tak ada anak jadi saya tak nak komen banyak. Tapi jika makcik tu perangai macam tu, Nauzubillah.

“Saya doakan anaknya membesar sebagai anak yang baik. Dan tolong usah biasakan mencarut, maki, sumpah seranah anak. Orang lain yang dengar ni sedih dan sebak,” ujarnya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh Qissy meraih lebih tiga juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain…

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri

Pilot ini ‘check in’ hotel dengan pramugari, sekali kantoi dengan bini

 

COMMENTS

Wordpress (0)