Cara ibu ini didik anaknya hargai pekerja pembersihan dipuji orang ramai


Cara ibu ini didik anaknya hargai pekerja pembersihan dipuji orang ramai. Pekerja pembersihan merupakan mereka yang paling berjasa untuk menjaga persekitaran kita. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan yang selesa kerana kebersihan adalah salah satu bentuk keselesaan lebih-lebih lagi di kawasan perumahan.
Jadi, tak salah rasanya untuk kita mengajar anak-anak sedari mereka kecil untuk menghormati para pekerja kebersihan yang sangat berbakti buat kita.
Hal ini samalah seperti yang dipraktikkan oleh pengguna TikTok menggunakan akaun bernama @denik923 apabila berkongsi momen anaknya menyantuni pekerja kebersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah.
Bagi air kotak dekat pakcik Alam Flora
Dalam video tersebut, dapat dilihat anak pengguna TikTok itu memberikan beberapa kotak air minuman kepada pekerja pembersihan dan disambut dengan senang hati oleh para pekerja terbabit.
Dia juga sempat mengajar anaknya untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan melambai sebelum masuk kerumah.
Terima pujian ramai:
Budaya tersebut telah mendapat perhatian ramai dan memuji didikan seperti itu agar anaknya membesar dalam persekitaran yang saling hormat-menghormati kepada semua golongan.
Mereka juga berharap agar orang ramai dapat mencontohi amalan ini kerana didikan sedari awal mampu menjadikan anak-anak membesar menjadi insan yang lebih baik.
Berita Lain:
PDRM minta hentikan spekulasi berkaitan kes Ebit Lew
Kisah bapa tukar durian untuk beli mainan anak meruntun jiwa netizen
Ini rahsia soalan ‘Tell me about yourself’ masa interview kerja, kena jawab macamni