Cara goreng ‘Kuetiau’ tak lembik dan tak hancur, dijamin padu!

Cara goreng 'Kuetiau' tak lembik dan tak hancur, dijamin padu!

Cara goreng ‘Kuetiau’ tak lembik dan tak hancur, dijamin padu!.Rahsia goreng Kuetiau tak hancur dan lembik. Ramai yang gemar hidangan kuetiau. Makan panas-panas bertambah sedap. Asyik beli dikedai tentu sekali sekala ingin mencuba memasak sendiri.

Namun, bila dah cuba tak menjadi pula! Kuetiau yang digoreng jadi lembik, kembang dan hancur.

Apa kata cuba cara memasak sebagaimana perkongsian Yurni Emilia ini. Hidangan pun menjadi, jom cuba!

Tip Asas Buat Goreng Kuetiau
Selalu nampak ramai yang ada masalah bila mengoreng kuetiau. Di sini saya kongsi tip asas menggoreng kuetiau supaya kejadian kuetiau lembik atau hancur tak berulang.

Cara goreng 'Kuetiau' tak lembik dan tak hancur, dijamin padu!

1. Kena tahu kuetiau tak serasi dengan air jadi;

Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ia ditos kering cepat-cepat.
Basuh pakai air paip saja, bukan dgn air panas
Ada sesetengah basuh ada juga yang tidak. Saya basuh untuk leraikan kuetiau yang melekat.

2. Bila mengoreng, kena letak minyak lebih sikit.

3. Jika nak buat Penang style letak sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.

4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh, sos tomato/cili. Jangan masukkan air.

5. Tambah air jika nak buat char kuetiau banjir.

6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering terlebih dahulu sebelum digaulkan atau di kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng.

BACA:

Ini tips pilih ketam yang penuh isi dan manis, gerenti tak menyesal

‘Upgrade’ kelisa kepada Daihatsu, lelaki ini terima padah

Carlsberg tambah pelaburan di Malaysia, yakin mampu berkembang pesat

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Cara goreng ‘Kuetiau’ tak lembik dan tak hancur, dijamin padu! […]