Cara buka akaun ASB dengan mudah dan cepat, ramai yang tidak tahu

Cara buka akaun ASB dengan mudah dan cepat, ramai yang tidak tahu

Cara buka akaun ASB dengan mudah dan cepat, ramai yang tidak tahu.Ramai Masih Tak Tahu Cara Buka Akaun ASB Online?!

Buat semua orang bujang, sudah berkahwin dan ibu bapa yang mahu membuka akaun Asb anak mereka dialu alukan untuk membaca artikel ini.

Kepayahan waktu sebegini untuk bersesak keluar pergi ke cawangan ASB amat meremehkan maka itu wujudnya apps MyASNB yang mempunyai akses untuk membuka akaun secara online sepenuhnya!

Kalau anda tidak mahir soal pelaburan, ASB sesuai sebagai langkah mula kerana ia berisikonya rendah dengan modal terjamin.

Sekurang kurangnya ASB ni bertindak sebagai dana kecemasan.

 

Apakah Amanah Saham Berhad (ASB)?

ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit. Melalui ASB, pelabur akan memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank)

Apa Itu myASNB?

Cara buka akaun ASB dengan mudah dan cepat, ramai yang tidak tahu
myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Bagaimana Cara Buka Akaun ASB & Daftar ASNB Online
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

Langkah untuk membuka akaun pelaburan ASNB adalah seperti dibawah:

Langkah 1

Muat turun aplikasi myASNB.

Langkah 2

Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.

Isikan maklumat di ruang yang disediakan.

Langkah 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.

Langkah 4

Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

Setel!

Anda sudah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa.

Bagaimana Pula Kalau Saya ingin Membuka Akaun ASB Di Cawangan?
Tidak menjadi kesalahan untuk berkunjung ke cawangan akan tetapi terdapat beberapa dokumen yang perlu dibawa contohnya:

18 tahun ke atas – Kad pengenalan
Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

BACa:

Australia akan guna penanda jalan ‘Glow in the dark’, bantu pemandu waktu malam

Ini 11 senarai produk berasaskan ayam yang dilarang eksport