Cara betul bersih sawang rumah, puas hati tengok

STESEN-stesen radio sudah mula memainkan lagu raya menandakan Syawal bakal tiba tidak lama lagi.

Selain membuat persediaan kuih dan baju raya, pasti golongan ibu sibuk membersih dan menghias rumah agar kelihatan cantik serta selesa untuk menyambut kehadiran tetamu.

Tetapi, tugas mengemas rumah bukanlah mudah seperti yang disangka.

Cara betul bersih sawang rumah, puas hati tengok

Seorang suri rumah bernama Shahliza berkongsi petua yang digunakannya untuk menghilangkan habuk pada dinding.

Jadi apa kata anda ikuti kaedah yang dikongsikan di TikTok ini untuk kediaman ‘bebas habuk’ sempena lebaran.

Memastikan rumah sentiasa bersih bukanlah satu hal yang mudah.

Bahan

1. Pelembut (Softlan)

2. Cuka

3. Air

Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas.

2. Gunakan mop untuk mencapai bahagian dinding yang tinggi dan lantai rumah.

Menurut Shahliza, kaedah ini sudah diamalkan sekian lama dan dijamin menjadi

Selain dapat menghilangkan sawang dalam tempoh lama, rumahnya kini sudah tidak ‘dikunjungi’ oleh lipas dan cicak.

Baca juga: Lelaki hilang sabar tendang King Myvi