Terdapat satu keluarga yang mempunyai cara unik dalam memberi duit raya kepada cucu-cucunya, yang baru-baru ini menjadi tular menerusi satu video di platform TikTok.
Dalam video tersebut, seorang wanita berkongsi bagaimana datuknya memberi duit raya berdasarkan penurunan berat badan setiap ahli keluarga.
Datuk mereka telah menyimpan rekod berat badan setiap ahli keluarga sejak tahun sebelumnya, dan memberikan tempoh setahun bagi mereka untuk menurunkan berat badan.
Menurut keterangan dalam video, setiap 1 kilogram yang berjaya diturunkan akan setara dengan RM25. Bagi yang underweight, semakin banyak berat badan naik, semakin tinggi peluang untuk menerima jumlah duit raya yang besar.
Bagi mereka yang berjaya menurunkan berat badan dengan jumlah paling banyak, mereka akan menerima lebih banyak duit raya.
@naturecore.delima berapa dapat collect tu guys 🤣🤍 -12kg : RM300#KongsiBersama #raya #duitrayachallenge #atukpesan ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun
Seorang cucu wanita diketahui menjadi ‘pemenang’ dengan penurunan berat badan sehingga 12 kilogram, dan berjaya menerima duit raya sebanyak RM300 pada tahun tersebut.
Reaksi netizen terhadap cara unik ini adalah positif, dengan banyak yang memuji cara tersebut kerana memberi motivasi kepada cucu-cucu untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan masing-masing.
“Good idea. Kena buat next year hahaha,” tulis seorang pengguna dalam ruangan komen.
“Ini kalau aku gerenti takkan menang. Mesti atok marah sebab berat makin bertambah,” tambah lagi seorang pengguna yang lain.
BACA: Kecoh guru sado muatnaik gambar baring atas katil tanpa pakaian