Kempen boikot produk berkaitan Israel masih lagi bergema sehingga ke hari ini untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin.
Ketika ini, ada peringatan yang meminta untuk orang ramai berhati-hati membeli buah kurma dari Israel. Ini disebabkan Israel adalah salah satu pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia.
Bagaimanapun, baru-baru ini media melaporkan kurma dari Israel dijual secara terang-terangan di pasaran tempatan.
Memetik laporan Berita AlHijrah, pihaknya mendapati produk kurma terbabit dipaparkan tanpa berselindung di dalam peti ais premis berkenaan.
Apabila diselidik, produk kurma itu tertulis secara jelas dan nyata diimport dan diedar oleh syarikat dari Malaysia.
Malah, ia menjadi tanda tanya bagaimana produk terbabit menembusi pasaran negara sedangkan perdagangan eksport dan import dengan Israel telah dihentikan sejak 50 tahun lalu.
Caprice minta kerajaan siasat
Isu ini juga telah meraih perhatian penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice yang mempersoalkan bagaimana produk kurma terbabit terlepas masuk ke pasaran Malaysia.
“Macam mana syarikat Malaysia boleh import kurma dari negara Israel?
“Saya tahu sekarang ni bulan Ramadan, kena tenang, tapi kita nak tahu macam mana syarikat dari Malaysia boleh import dari negara tu?” soalnya menerusi satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu juga, Caprice juga meminta pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) untuk menyiasat isu tersebut.
Diharapkan ada penjelasan dari pihak berwajib.
Baca juga: Hanya main game dekat ‘Facebook’ je, gadis ini berjaya raih pendapatan RM10000 sebulan