Bungkusan terlalu banyak, J&T mohon maaf atas kelewatan

Bungkusan terlalu banyak, J&T mohon maaf atas kelewatan. Syarikat kurier, J&T Express dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya ketika ini sedang berdepan dengan isu kelewatan penghantaran barang.

Menurut kenyataan itu lagi, isu kelewatan penghantaran berkenaan berlaku disebabkan peningkatan jumlah bungkusan secara mendadak.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Matlamat kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda di mana rakan penghantar kami sedang berusaha untuk membuat penghantaran bungkusan secepat mungkin.”

Jelasnya, pasukan J&T akan mengoptimumkan laluan penghantaran barang bagi memenuhi setiap keperluan penghantaran barangan pelanggan.

”Terima kasih di atas sokongan berterusan anda,” kata kenyataan itu lagi.

Bungkusan terlalu banyak, J&T mohon maaf atas kelewatan

Mana-mana pelanggan yang berdepan dengan masalah penghantaran boleh menghubungi talian perkhidmatan J&T melalui 1-300-80-9000 atau 03-92129660 untuk mengetahui status bungkusan masing-masing.

BACA:

Profesor ini dedah keris Taming Sari benar-benar wujud, kini berada di tangan…

Kes terjun sungai Kelantan, isteri dedah apa yang berlaku pada suami

Anda boleh left group whatsapp tanpa disedari ahli yang lain

COMMENTS

Wordpress (0)