Bukan saja beracun, ini satu-satunya pokok dalam dunia boleh meletupkan dirinya macam bom dinamit ramai tak tahu.
PERNAHKAH anda mendengar pokok yang mampu menghasilkan bunyi letupan, bahkan berisiko mendatangkan kecederaan?
Sandbox Tree atau secara saintifiknya dipanggil Hura Crepitans merupakan tumbuhan yang berupaya ‘meletup’ seakan dinamit.
Spesies pokok ini telah ditemui di beberapa kawasan hutan simpan di Amazon, Brazil dan hutan tropika di bahagian utara dan selatan benua Afrika.
Ia merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui di dunia.
Berdasarkan sebuah jurnal bertajuk Poisonous Plants and Animals of Florida and the Carribean yang ditulis oleh David W. Nellis, ada menyatakan kemampuan spesies pokok ini yang boleh menghasilkan letupan.
Difahamkan, letupan berlaku pada bahagian buah yang telah mencapai tempoh matang. Dianggarkan, bunyi letupan yang terhasil boleh didengari sehingga jarak 45 meter. Percaya atau tidak, akibat ledakan itu ia mampu mengakibatkan kecederaan serius kepada manusia atau haiwan yang berada berdekatan dengan pokok ini.
Pokok ini menghasilkan bunyi letupan yang boleh didengari sejauh 45 meter.
Seorang penyelidik dari Jabatan Biologi, Universiti Duke, Amerika Syarikat, Profesor Steven Vogel telah melakukan beberapa ujian ke atas spesies pokok tersebut. Hasilnya, dia menemui bukti bahawa letupan tersebut terhasil akibat proses pembenihan. Merujuk pada penyelidikan botani, proses pembenihan itu dikenali sebagai mekanisme letupan.
Bagaimanapun, proses mekanisme letupan yang berlaku pada buah pokok ini dilihat dua kali ganda lebih kuat berbanding tumbuhan lain seperti biji benih pokok keembung dan buah pokok getah. Keadaan ini berlaku apabila tekanan udara yang terlalu tinggi dalam buah pokok tersebut. Jadi tidak hairanlah impak ledakan yang dihasilkan mampu mengakibatkan kecederaan serius serta mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.
Buah dan serpihannya bersama bunga pokok in.
Selain boleh mengakibatkan letupan kuat, tumbuhan unik ini juga tergolong dalam spesies pokok yang beracun.
Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati, kandungan racun banyak tertumpu pada bahagian batang dan buah pokok tersebut.
Ia merupakan kandungan yang sangat berbahaya. Jika seseorang individu terkena racun pokok ini berkemungkinan akan mendapat komplikasi buruk seperti kegatalan pada kulit, buta, kekejangan otot, cirit-birit, serangan jantung.
Menurut Profesor Steven, pokok Sandbox tree merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tergolong dalam sub famili Euphorbiaceae.
Dari segi morfologi, pokok ini mempunyai daun yang berbentuk bujur dan lebar.
Tekstur daunnya pula agak tebal dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini juga mengeluarkan bunga yang berwarna merah di bahagian hujung ranting.
Hura Crepitans atau Sandbox tree merupakan sejenis tumbuhan yang mudah hidup.
Tempoh jangka hayat bagi tumbuhan ini biasanya boleh hidup agak lama bergantung pada faktor persekitaran. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, spesies pokok ini boleh hidup antara 5 hingga 10 tahun dan mampu membesar sehingga mencecaah ketinggian 60 meter.
BACA:
Lama menyepi lepas bersara dari pengacara muzik-muzik, keadaan terkini Cheryl Samad mengejutkan!