Budak umur 3 tahun dibiar kelaparan, kena gigit pepijat dalam rumah kotor

SEORANG ibu sanggup membiarkan anak perempuan berusia tiga tahun tinggal sendirian di sebuah rumah flat di Ohio.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan ‘bergulung’ seperti bola kerana kebuluran dan dihurung serangga.

Malah dia turut mengalami kesukaran bernafas dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Budak umur 3 tahun dibiar kelaparan, kena gigit pepijat dalam rumah kotor

Keadaan rumah pula tidak terurus seolah-olah telah ditinggalkan penghuni.

Memetik laporan Metro.co, kanak-kanak tersebut diselamatkan sepasukan polis yang tiba di rumah berkenaan selepas menerima aduan berkaitan.

Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut berada di atas lantai dan dipenuhi kesan gigitan pepijat manakala ibunya melarikan diri kerana bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.

Baca juga: Harta Elon Musk susut banyak, ‘cuma’ tinggal RM946 Billion sahaja