Budak bawa balik seguni duit raya selepas pusing satu kampung

eorang gadis kecil di China telah mengejutkan bapanya dan mendapat perhatian meluas daripada pengguna media sosia

l selepas berjaya mengumpul sejumlah besar wang angpau semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baharu Cina itu dirakamkan dalam satu video yang kini menjadi viral di platform media sosial popular China, Douyin, pada 10 Februari.

Budak bawa balik seguni duit raya selepas pusing satu kampung

Video tersebut menunjukkan bapanya yang mempersoalkan anak perempuannya yang pulang ke rumah sambil membawa guni putih yang penuh dengan bungkusan merah.

Dengan penuh keyakinan, gadis itu mengakui menghabiskan waktu paginya dengan mengutip angpau daripada orang kampung.

Setelah diperiksa, ternyata usaha gadis itu membuahkan hasil apabila guni tersebut melimpah dengan bungkusan merah.

Menurut bapanya, jumlah yang terkumpul oleh anak perempuannya kira-kira RMB 20,000, bersamaan dengan sekitar RM 13,300.

Keupayaan gadis muda itu untuk mendapatkan wang lima angka pada usia yang begitu muda telah mencetuskan spekulasi tentang prospek masa depannya.

Sebahagian netizen berkata bahawa dia mungkin memiliki bakat sebagai ahli perniagaan di masa depan

BACA: Akibat makan tilapia tercemar, kedua-dua kaki dan tangan wanita ini terpaksa dipotong