Setiap manusia pasti ada ujian dan dugaan masing-masing. Apa yang membezakan kita adalah sekuat mana kita hadapi dugaan tersebut. Ada yang menangis, merungut dan ada juga yang positif dan kuat semangat!
Seperti cerita tentang seorang murid perempuan di sebuah sekolah yang dikongsi oleh gurunya, Norliana Samsuri . Mari baca apa yang beliau kongsi di laman Facebooknya:
“Murid ini berjaya menitiskan air mata saya pagi ini..”
Menurut beliau, anak muridnya itu tiba lewat di sekolah untuk menduduki peperiksaan UPSR. Tapi apabila ditanya kenapa dia lambat, rupa-rupanya….
“Kamu pikul tanggungjawab yang orang lain sebaya kamu tak mampu buat”
Pernahkah kita terfikir sejauh mana kekuatan yang kita ada? Seperti adik ini, betapa tabahnya dia memikul tanggungjawab sebegitu besar pada usianya 12 tahun.
Sementara itu, di ruangan komen Facebook netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan untuk adik ini.
Kami dari Lobak Merah turut mendoakan yang terbaik buat adik ini. Terima kasih kepada Cikgu Norliana kerana berkongsi cerita ini, dapat juga lah masyarakat memberi bantuan. Semoga adik ini terus kuat dan tabah di hari yang mendatang…
Kata orang, kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah. Sebab itu sejak kecil kita diajar untuk bersyukur.
Baca juga : Pelik kenapa makin gemuk bulan puasa? Ini sebabnya