Buang sampah merata, memang dipanggil ‘jiran dari neraka’

Buang sampah merata, memang dipanggil 'jiran dari neraka'

Buang sampah merata, memang dipanggil ‘jiran dari neraka’Bila sebut ‘rezeki’, ia bukan berkaitan wang semata-mata. Sebaliknya dapat tinggal di kawasan kejiranan baik juga, merupakan salah satu rezeki.

Seorang wanita terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kereta yang rosak apabila ada jiran membuang sampah dari tingkat atas.

Dalam video pendek berdurasi 15 saat yang dimuat naik akaun TikTok @piqahhhhs_ itu kelihatan tempat duduk belakang dipenuhi Proton Preve dipenuhi serpihan kaca cermin belakang dan isi sampah bertaburan akibat sampah yang dicampakkan dari tingkat atas rumah flat yang didudukinya.

Menurut wanita itu, dia terpaksa mengeluarkan RM500 untuk membaiki cermin baharu dan lebih RM100 untuk mencuci serpihan cermin kaca yang pecah tersebut.

Buang sampah merata, memang dipanggil 'jiran dari neraka'

@piqahhhhs_Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮‍💨

♬ original sound – ojccccc

@piqahhhhs_ memberitahu bahawa ia bukan disebabkan perbuatan khianat atas sebab mana-mana jiran ‘tidak berpuas hati’ kepadanya kerana kawasan parkir itu memang terbuka dan terdapat tong sampah besar disediakan untuk penduduk di situ membuang sampah.

Netizen berkongsi pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut. Ramai tumpang simpati terhadap wanita itu. Mereka mencadangkan agar wanita tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap management kerana tidak dapat menjaga keselamatan penduduk di flat tersebut.

Wanita itu turut menyatakan penduduk di flat itu sudah lama mencadangkan pemasangan kamera CCTV untuk memudahkan tindakan diambil kepada individu yang terbabit, bagaimanapun cadangan tersebut tidak diendahkan buat sekian lama.

BACA:

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar

Komen padu Dato’ Hattan setelah 2 jam tersadai dalam kereta sebab kena bagi laluan lumba basikal