BSS : Pesakit kini boleh mohon bantuan rawatan sehingga RM5,000

BSS : Pesakit kini boleh mohon bantuan rawatan sehingga RM5,000

BSS : Pesakit kini boleh mohon bantuan rawatan sehingga RM5,000. Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan hari ini bahawa pesakit kanser di negeri itu boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pembiayaan itu juga termasuk pembedahan dengan had jumlah pembiayaan RM5,000 bagi setiap kali permohonan.

“Inisiatif adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan perubatan yang cepat dan berkualiti. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman sesawang http://bantuansihat.selangor.gov.my,” katanya ketika menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) berhubung bantuan kewangan bagi pesakit kanser, di Persidangan DUN Selangor hari ini.

BSS : Pesakit kini boleh mohon bantuan rawatan sehingga RM5,000

Mohd Zawawi menjawab soalan itu sebagai mewakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.

Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan pembiayaan BSS adalah pemohon lahir di negeri ini atau bermastautin melebihi 10 tahun; pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000; perlu mengemukakan salinan surat kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) dari Kementerian Kewangan Malaysia.

BACA:

Kutip sampah mampu jana RM10,000 sebulan, wanita ini tunjuk caranya

Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona

Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian