Bosan hidup terlalu kaya, kata Raffi Ahmad

Bosan hidup terlalu kaya, kata Raffi Ahmad

Bosan hidup terlalu kaya, kata Raffi Ahmad. Seperti yang diketahui ramai, pelakon Raffi Ahmad adalah salah seorang artis yang terkaya di Indonesia sehinggakan diberi gelaran sultan.

Di negara seberang, sultan membawa maksud yang berbeza iaitu merujuk kepada seorang seniman yang diiktiraf kejayaan dan kewujudannya di kaca televisyen serta media sosial.

Baru-baru ini, Raffi mencvri tumpuan ramai selepas mengaku berasa bosan menjadi sultan di Instagram (IG) miliknya.

Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja,” tulis Raffi beserta fotonya bersama kereta Lamborghini berwarna merah.

Pengacara berumur 35 tahun itu berkata demikian selepas isterinya, Nagita Slavina memberitahu bahawa dia sudah bosan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.

Bosan hidup terlalu kaya, kata Raffi Ahmad

Kapsyen itu mengundang rakan artis dan peminat untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Antara yang menulis adalah Boy William, Tommy A. Siahaan, Hengky Kurniawan dan Acha Septriasa.

Rata-ratanya menginginkan posisi pemilik nama Raffi Faridz Ahmad yang hidup dalam keadaan serba mewah.

Sebelum ini, Raffi mended4hkan dia memberi duit belanja bulanan kepada Nagita sebanyak 200 juta rupiah atau lebih RM58,000.

BACA:

Budak 17 tahun dari Shah Alam ini dapat gaji RM14,000 sebulan

Netizen dedah bukti Zul Ariffin dan Ruhainies dah kahwin