Kerajaan Pulau Pinang hari telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji
dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.
Sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada semua anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang menjadi tulang belakang kerajaan negeri, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengumumkan pemberian BKKA.
Bonus Setengah Bulan Gaji Minimum RM1,200 Dibayar 15 Mac Ini
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi, BKKA akan diberikan kepada penerima pada 15 Mac ini. Beliau berkata, jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk BKKA adalah sebanyak RM7.44 juta.
“Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, kerajaan negeri telah meluluskan bayaran khas BKKA untuk tahun ini. Bayaran ini adalah sebanyak setengah bulan gaji dengan minimum RM1,200 bagi setiap anggota perkhidmatan awam negeri.
Baca juga: Kepala bayi terputus dalam perut selepas paksa teran walaupun beranak songsang