Bongkah ais saiz 5 kali ganda Singapura bergerak menuju ke lautan selepas 30 tahun

Bongkah ais yang dikenali sebagai A23a, dengan keluasan 4,000 kilometer persegi, kini bersaiz lima kali ganda lebih besar daripada Singapura.

Saintis telah mengungkapkan bahawa sebongkah aisberg terbesar di dunia di Antartika kini sedang mengalami proses peleburan

Dan hanyutan ke arah Lautan Selatan untuk kali pertama dalam lebih tiga dekad, seperti yang dilaporkan oleh CNA.

Bongkah ais saiz 5 kali ganda Singapura bergerak menuju ke lautan selepas 30 tahun

Bongkah ais yang dikenali sebagai A23a, dengan keluasan 4,000 kilometer persegi, kini bersaiz lima kali ganda lebih besar daripada Singapura.

Sejak kejadian pemusnahan ais Filchner-Ronne di Antartika Barat pada tahun 1986, bongkah ais ini telah terkandas setelah serpihannya tersangkut di Laut Weddell.

Namun, situasi tersebut kini telah berubah, dan aisberg yang hampir mencapai satu trilion tan metrik tersebut kini hanyut dengan cepat, melintasi hujung utara Semenanjung Antartika dengan bantuan angin kencang.

Ahli glasiologi British Antarctic Survey, Oliver Marsh, menyatakan bahawa peristiwa ini jarang berlaku sehingga para saintis mengawasi dengan teliti pergerakannya.

Dalam kajian mereka, mereka menemui bahawa disebabkan kelajuan yang semakin pesat, ‘gunung besar’ ini mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.

Selanjutnya, ia akan bergerak menuju Lautan Selatan, yang merupakan laluan aisberg di mana serpihan aisberg lain juga dapat ditemui terapung di perairan dalam.

“Seiring berlalunya masa, ia mungkin akan menipis sedikit dan memiliki sedikit daya apungan tambahan yang membolehkannya terangkat dari dasar laut dan ditolak oleh arus laut,” kata Marsh.

A23a juga dikenali sebagai salah satu gunung ais tertua di dunia. Terdapat kemungkinan bahawa A23a akan sekali lagi terkandas di Pulau Georgia Selatan, walaupun ini boleh menimbulkan masalah kepada hidupan liar di Antartika.

Pulau itu menjadi tempat hidup dan pembiakan berjuta binatang seperti anjing laut, penguin, dan burung laut.

Pada tahun 2020, gunung ais gergasi yang diberi nama A68 juga menimbulkan kebimbangan ketika ia hampir bertembung dengan Pulau Georgia Selatan.

Walaupun demikian, pertembungan yang tidak diingini itu dapat dielakkan apabila gunung ais tersebut terpecah menjadi kepingan yang lebih kecil.

BACA: Saintis dedah kenapa kita perlu tumis sambal sampai pecah minyak ramai tak tahu