Boleh panggil saya gemuk, gajah tapi jangan panggil Siti Bainun – Norreen iman

Boleh panggil saya gemuk, gajah tapi jangan panggil Siti Bainun – Norreen iman. Baru-baru ini perkongsian Instafamous yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu video apabila ada yang menyamakannya dengan Siti Bainun.

Menerusi video itu, Norreen terasa hati apabila ada yang menyamakan fizikalnya seperti individu yang didakwa melakukan penderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU), adik Bella.

Tampil membidas komen netizen itu, Norreen berkata mereka di luar sana boleh memanggilnya dengan gelaran apa saja namun jangan sesekali memanggilnya Siti Bainun.

“Korang boleh panggil aku fat ugly bitch. Norreen badan gemuk macam bab*, gajah, tong dram, trak… semua benda boleh panggil. Perut saya pun banyak roadblock.

Boleh panggil saya gemuk, gajah tapi jangan panggil Siti Bainun - Norreen iman

“Tapi jangan panggil aku Siti Bainun. Aku dan Siti Bainun jauh sekali. Ya, memang aku gemuk gila. Tinggi 171 sentimeter, gemuk pula tu. Aku punya besar kalau duduk depan kau memang terus gelap masa depan. Tapi, jangan panggil aku Siti Bainun,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Kata Norren lagi, perwatakan dirinya dengan Siti Bainun jauh berbeza dan dia adalah seorang wanita yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.

“Sebab aku bukan pendera. Aku pencinta alam, pencinta makanan, pencinta binatang, pencinta anak. Aku penyayang. Muka ja macam ini. Yang cakap aku Siti Bainun, kalau aku rembat muka baru tau. Asal gemuk ja Siti Bainun,” katanya.
TONTON :

BACA:

Kerjasama PAS dan PH : Ini respon Hadi Awang

PASLeaks : Akhirnya Ismail Sabri jawab

Pemuda Kelantan didakwa rogol gadis 15 tahun, sebar pula gambar kepada ayah mangsa

COMMENTS

Wordpress (0)