MENANAM pohon dan rumput di atas kubur adalah sunnah yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.
Bagi kebanyakan masyarakat, ia adalah salah satu cara untuk menzahirkan penghormatan pada si mati.
Bagaimanapun, penjagaan yang rapi diperlukan untuk memastikan pohon terus tumbuh subur sehingga ada yang meletakkan baja tahi ayam.
Mengulas tentangnya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Maktabah Al Bakri berkata, tidak ada larangan untuk berbuat demikian.
Jelasnya memberi baja sama ada daripada najis haiwan yang tidak boleh dimakan, najis manusia, bahagian haiwan yang mati atau haiwan najis kepada tanaman adalah dibolehkan.
Dr Zulkifli mengulas tentang penggunaan baja daripada najis.
Bukan itu sahaja, pemberian baja tanah dengan najis tidak mempengaruhi hasil dan tanaman, kerana najis telah suci melalui perubahan menjadi nutrisi yang baik yang diserap oleh pohon.
“Hal ini ditegaskan oleh ketiadaan dampak najis pada buah, baik pada warna, bau, mahupun rasa,” katanya.
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak haram dan tidak najis kecuali jika kesan najis tersebut terlihat pada biji atau buah dan ini merupakan pendapat yang tepat.
Kebanyakan masyarakat menanam pokok di atas kubur seperti sunnah Rasulullah
Kebanyakan masyarakat menanam pokok di atas kubur seperti sunnah Rasulullah
Kebanyakan keadaan menunjukkan bahawa najis itu berubah menjadi halal dan tidak menunjukkan kesan pada biji dan buah. (Lihat Majmu’ al-Fatwa wa al-Rasail,11/52)
Sehubungan itu, beliau berpandangan boleh untuk meletakkan baja daripada najis haiwan di atas kubur dengan tujuan untuk menyuburkan pokok-pokok di atasnya.
Bagaimanapun, katanya, ia dilakukan dengan syarat tidak keterlaluan kerana itu bukanlah fokus yang utama.
“Sekalipun begitu sebaik-baiknya ia tidak dilakukan kerana untuk menjaga kemulian dan kehormatan tanah perkuburan,” tambahnya.
Baca juga: Selalu kena ganggu dengan makhluk halus, ibu nekad buang Rusa mainan anak