Jenama Disney+, yang sebelum ini dikritik kerana menyokong Israel, kini menghadapi kerugian sebanyak $387 juta (RM1.8 bilion).
Walaupun demikian, Disney+ masih melihat pertumbuhan dalam langganan penstriman, meningkat dari $146.7 juta kepada $150.2 juta.
Menurut perkongsian di laman X, “Disney mengalami kerugian sebanyak $387 juta dalam suku keempat.
Disney+ kini mencatatkan 150.2 juta langganan penstriman, meningkat daripada 146.7 juta pada suku sebelumnya: 112.6 juta langganan asas Disney+ dan 37.6 juta Disney+ Hotstar,” seperti yang dilaporkan oleh Variety.
Beberapa individu telah mengaitkan kerugian ini dengan sikap Disney yang secara terang-terangan menyokong tindakan kekejaman Israel terhadap Palestin.
Hal ini menjadi jelas apabila The New Arab melaporkan bahawa Disney telah menyumbangkan $2 juta kepada badan kemanusiaan Israel ketika berlaku ketidakadilan terhadap lebih dari 10,000 rakyat Palestin yang terbunuh oleh rejim Zionis.
Kenyataan ini tentunya menjadi kontroversi, terutamanya di kalangan pelanggan yang menganut agama Islam yang melihat tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin.
Selain itu, pelanggan telah mula menutup akaun mereka selepas Disney+ mengumumkan bahawa mereka akan mengikuti langkah Netflix dengan melarang perkongsian kata laluan.
Walaupun tindakan Disney+ tidak seketat Netflix yang menaikkan harga selepas melarang perkongsian kata laluan, ia tetap tidak dapat diterima oleh ramai pihak.
Disney+ juga kehilangan pendapatan kerana keputusan mereka untuk sering kali mengeluarkan kandungan yang dianggap sensitif atau tidak sesuai untuk ditonton. Meskipun kontroversial, tindakan ini telah memunculkan perbincangan mengenai kepentingan memelihara budaya dan sejarah.