Bodykit ‘gear up’ Myvi 2022 terlalu over untuk jadi sporty?

Bodykit ‘gear up’ Myvi 2022 terlalu over untuk jadi sporty?. Sudah menjadi lumrah buat Perodua, apabila sesebuah model baharu dilancarkan, satu pakej bodykit akan ditawarkan bersamanya.

Maka, model Myci facelift terbaharu tidak terkecuali. Kali terakhir Perodua menawarkan aksesori GearUp untuk Myvi adalah pada November tahun lalu. Pada ketika itu, pelanggan boleh memilih di antara dua pakej iaitu Illumination pada harga RM450 dan pakej Utility berharga RM360.

Pakej Illumination terdiri daripada LED scuff plate dan lampu lantai. Manakala pakej Utility pula melibatkan visor pintu, luggage tray dan karpet lantai.

Pelanggan juga boleh membeli barangan-barangan lain secara berasingan. Antara aksesori yang ditawarkan ialah pelapik tempat duduk (RM745), LED sciff plate (RM260), kunci nut roda (RM200), perakam video digital (RM500) dan banyak lagi.

Terbaharu, Perodua didakwa akan menawarkan pakej GearUp untuk Myvi 2022 yang lebih komprehensif. Foto sebuah Myvi yang lengkap dipasang dengan aksesori itu dikongsi oleh pengguna Facebook RiderAth.

Bodykit 'gear up' Myvi 2022 terlalu over untuk jadi sporty?

Sedia maklum bahawa matlamat aksesori GearUp adalah untuk menjadikan sesebuah model Perodua itu tampil lebih sporty. Namun, jika dilihat kepada Myvi ini, mungkin ramai yang beranggapan rekaannya sudah berlebih-lebihan. Pada bahagian hadapan, gabungan apron, bampar dan perumah lampu kabus itu nampak begitu sibuk.

Kemasan hitam yang digunakan juga agak ketara. Bukan sahaja pada bahagian hadapan, malah elemen itu diterapkan pada sebahagian daripada skirting sisi, bahagian bawah spoiler belakang dan peresap udara di pada bahagian bawah bampar belakang.

Rekaannya yang ‘sibuk’ itu membuatkan admin Facebook RiderAth menulis : Really didn’t know what Perodua’s gear up designers were doing… (selepas diterjemahkan dari bahasa Cina).

Seperti biasa, pelanggan yang ingin mendapatkan bodykit GearUp boleh memasukkan sekali kosnya ke dalam pinjaman kereta. Apa pendapat anda tentang bodykit ini? Ok atau over design?
TONTON :

BACA:

Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang

Alat Sulit wanita terkena ‘sihir’, sekali ini yang bomoh buat..

Petua gunakan ‘Aluminium Foil’ untuk sejukkan rumah, bajet ‘ciput’ pun boleh buat