Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong

Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong

Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong. Pelakon Emma Maembong mendedahkan yang dia tidak akan selamanya berpenampilan tidak menutup aurat.
Sebaliknya, pelakon yang baru-baru ini muncul dengan telefilem Nyang itu mengakui mahu kembali bertudung, sama seperti penampilannya yang terdahulu.

“Memang bagi setiap wanita yang beragama Islam, masing-masing mahu menjadi balk dan menuju ke arah kebaikan. Sama juga dengan saya. “Tiada sesiapa yang mahu buat hal-hal yang tidak balk dan kekal dengan imej yang macam ini (tidak menutup aurat)”, katanya kepada Gempak.

Emma mengulas mengenai komen-komen netizen mengenai penampilannya yang masih seksi, terutama di media sosial. Berbicara lanjut, Emma menegaskan yang dia pasti akan kembali kepada imej asalnya sebelum ini yang pernah memilih untuk menutup aurat dan mengenakan tudung selama sekitar lima tahun.

“Dulu saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, saya pasti akan ke arah itu semula. Bila tiba masanya saya akan pakai (tudung). “Saya takkan macam ni sampai tua. Saya pun nak juga ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” jelasnya.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, berkata, selagi tidak memberitahu secara umum, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang hal berkenaan namun tidak menolak mahu memiliki keluarga yang besar.

Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong

“Kami memang nak ada ramai anak, seramai yang boleh. Buat masa ini, saya tak nak cakap apa-apa. Saya tak mahulah kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya yang sakit.

“Sama juga kalau tidak ada, kemudian saya tiba-tiba hamil, saya gembira dan bukan semua orang akan gembira melihat kita bahagia,”. Emma mengulas perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY) musim ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, aktres berkenaan berkata tidak pernah merancang soal zuriat, tambah pula dia berasal daripada keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik-beradik.

Dalam perkembangan lain, Emma bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Sharnaaz, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.

BACA:

Yang perempuan macam lelaki, yang lelaki macam perempuan – Sharifah Shahira

Harga kereta koleksi Sultan Brunei buat ramai terkejut, Kelab MU pun kalah

Mat Saleh kena sekolah dengan netizen kerana kritik KLIA