Bil cecah RM761,000 jadi punca Salt Bae dikecam ramai

Bil cecah RM761,000 jadi punca Salt Bae dikecam ramai

Bil cecah RM761,000 jadi punca Salt Bae dikecam ramai. Cef selebriti, Salt Bae dikecam di media sosial selepas menayangkan bil pelanggan mencecah harga 614,125 dirham (kira-kira RM761,000) yang menikmati hidangan di restorannya di sini, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Mirror, resit bayaran yang menarik perhatian ramai itu adalah dari restoran Nusr-Et Steakhouse di Abu Dhabi.

Pendedahan cef itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Bil cecah RM761,000 jadi punca Salt Bae dikecam ramai

Tidak diketahui milik siapa resit bayaran berkenaan tetapi ramai individu berprofil tinggi dilaporkan kini berada di sini bagi menyaksikan perlumbaan terakhir musim Formula 1, sebelum ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia.

Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokçe dilaporkan mengambil kesempatan daripada dua acara itu apabila mengenakan 9,000 dirham (kira-kira RM11,155) untuk dua set hidangan stik Istanbul bersalut daun emas selain pelbagai lagi hidangan dengan harga yang disifatkan tidak masuk akal.

Salt Bae menyiarkan gambar bil itu di laman Instagramnya yang mempunyai 49 juta pengikut dengan kapsyen: ‘kualiti tidak pernah mahal’.

BACA:

Teritip aneh ditemui lelaki ini rupanya berharga RM21,000

Ini jawapan Dr Dzulkefly setelah berjaya tewaskan Tengku Zafrul

Gaji RM2 ribu tapi bantu banyak asnaf, rupanya ini rahsia pak guard