Biadap!! Tular rakaman CCTV pengasuh taska rembat budak ketika makan akhirnya ke dalam

Biadap!! Tular rakaman CCTV pengasuh taska rembat budak ketika makan akhirnya ke dalam

Seorang pengasuh taska di Luyang yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki empat tahun di taska berkenaan direman seminggu.

Perintah reman ke atas wanita berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.

Biadap!! Rakaman CCTV anak didera pengasuh taska, dirembat ketika makan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, suspek itu ditahan awka pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Setakat ini, polis menerima tiga laporan polis daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris bersama pegawai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu mengadakan lawatan dan tinjauan di taska berkenaan, pagi tadi.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang tadi.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

BACA: Menjijikkan! Pekerja tangan kudis dan bernanah gaul dan uli coklat tak pakai glove!