Betul ke ringgit jatuh paling teruk dalam 26 tahun? Lelaki ini cerita fakta sebenar

MEDIA FRAMING “NILAI RINGGIT TERENDAH DALAM 26 TAHUN”
Perbandingan Ringgit vs Dolar AS tanpa mengambil kira prestasi matawang lain tidak mampu menggambarkan keadaan ekonomi sebenar.

Ye. Ringgit “jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun” adalah fakta yang tidak salah, tetapi juga tidak tepat kerana ayat tersebut harus dibaca dengan maksud “berbanding Dolar AS” untuk gambaran yang lebih tepat dan menyeluruh.

Betul ke ringgit jatuh paling teruk dalam 26 tahun? Lelaki ini cerita fakta sebenar
Jika dibanding dengan matawang lain:
1. Ringgit ada juga naik sebenarnya
2. Matawang lain pun jatuh
3. Emas pun jatuh

1. RINGGIT ADA JUGA NAIK SEBENARNYA
Dalam masa sebulan yang lalu:
-Ringgit naik berbanding Yen Jepun
-Ringgit naik berbanding Won Korea
-Ringgit naik berbanding Dolar Australia
-Ringgit naik berbanding Rupiah Indonesia
-Ringgit naik berbanding Baht Thai

2. MATAWANG LAIN PUN JATUH
Dalam masa sebulan yang lalu:
-Yuan China jatuh berbanding Dolar AS
-Euro jatuh berbanding Dolar AS
-Dolar Singapura jatuh berbanding Dolar AS
-Dolar Australia jatuh berbanding Dolar AS
-Won Korea jatuh berbanding Dolar AS
-Baht Thai jatuh berbanding Dolar AS
-Peso Filipina jatuh berbanding Dolar AS
-Dolar Hong Kong jatuh berbanding Dolar AS

3. EMAS PUN JATUH
Dalam tempoh masa yang sama juga, nilai emas jatuh dan kejatuhan nilai emas ini selaras dengan sentimen pasaran di mana “apabila nilai Dolar AS jatuh, nilai emas akan naik, apabila nilai Dolar AS naik, nilai emas akan jatuh”.
——
Kenapa Dolar AS sebegitu?
Dari segi makroekonomi, Dolar AS sentiasa mempunyai kelebihan berbanding mana-mana matawang lain di seluruh dunia, kerana Dolar AS merupakan “matawang dagangan” di seluruh dunia.

Ertinya, seluruh dunia menggunakan Dolar AS untuk berdagang, walaupun dagangan yang dibuat tidak ada kena mengena dengan AS.
Negara mana nak jual / beli apa pun kepada / daripada negara lain, semuanya pakai Dolar AS, seolah-olah mengguna Dolar AS itu suatu kewajipan.
Dari situ AS maraih kelebihan kerana permintaan terhadap Dolar AS untuk tujuan berdagang meningkat.

Pelik bukan? Malaysia berdagang dengan Thailand, takde kena mengena dengan AS, tapi AS pula yang dapat manfaat dan kelebihan seperti seorang agen tengah.
Malaysia berdagang dengan Jepun, takde kena mengena dengan AS, tapi AS pula yang dapat manfaat dan kelebihan seperti seorang agen tengah.
Kenapa begitu?
Itulah yang dibuat oleh AS dari dulu lagi- mewujudkan sistem kewangan dan perdagangan di mana AS berupaya mempengaruhi.
Adil ke tak? Saya rasa tak.
Sebab itu, Kerajaan sekarang pernah berbincang dengan negara-negara serantau, termasuk China, supaya perdagangan boleh dibuat secara terus di antara negara, tanpa melibatkan Dolar AS.

Kıta tak nak semua benda pun AS mempengaruhi.
Contohnya, Malaysia berdagang dengan Thailand, kita pakai je lah Ringgit dan Baht. Malaysia berdagang dengan Jepun, kita pakai je lah Ringgit dan Yen.
Buat apa nak Dolar AS jadi “agen tengah”?

Kerajaan Malaysia berhasrat sedemikian kerana mahu mengurangkan kebergantungan negara-negara lain pada Dolar AS.
Manfaat mengurangkan kebergantungan pada Dolar AS ini apa pula? Banyak. Contohnya…
1. Ekonomi Malaysia lebih bebas daripada pengaruh dan cengkaman AS, secara tidak langsung, mengurangkan risiko Malaysia menjadi terlalu terdedah kepada “ugutan ekonomi” AS.
2. Kurang membantu Israel. AS adalah pro Israel. Jelas. Makin kuat Dolar AS dan ekonomi AS, makin kuat lah bantuan AS kepada Israel. Makin lemah lah Palestin.

Nota: Saya nak share bab ekonomi je sebenarnya. Tetapi sebahagian pihak yg anti-kerajaan (walaun) ini kurang faham bab ekonomi dan lebih minat bab Israel Palestin. Jadi saya gunakan contoh bantuan AS kepada Israel yan
melemahkan Palestin sebagai contoh untuk permudahkan pemahaman.

Baca juga: