Beto Kusyairy gelar Syamsul Yusof ‘Nakhoda Gila’, ini sebabnya…

Beto Kusyairy gelar Syamsul Yusof ‘Nakhoda Gila’, ini sebabnya…

Beto Kusyairy gelar Syamsul Yusof ‘Nakhoda Gila’, ini sebabnya…Pertama kali bekerja di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, aktor berkaliber, Beto Kusyairy menyifatkan pengalaman itu sesuatu yang sangat berharga.

Malah, dia turut menyifatkan Syamsul merupakan seorang pengarah yang ‘gila’ kerana melakukan sendiri kebanyakan kerja melibatkan belakang tabir filem epik Mat Kilau yang akan ditayangkan pada 23 Jun ini.

“Seorang nakhoda ‘gila’ yang kali pertama aku berada di bawah pengarahannya.

“Gila kerana dia juga yang menulis, dia juga yang menjaga lakonan, dia kendali sendiri kamera dan dia yang bakal pecah kepala mengeditnya kemudian.

“Aku angkat tangan dengan kau (tabik) dengan kau Syamsul. Tak semua orang punya kelebihan dan kemampuan ini… syabas!” tulis Beto di laman Instagram.

Beto Kusyairy gelar Syamsul Yusof 'Nakhoda Gila', ini sebabnya...

Selain Syamsul, Beto turut menzahirkan penghargaan buat rakan lakon lain yang terlibat sama dalam filem berskala besar itu seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Yayan Ruhian.

“Terima kasih seluruh warga kerja filem Mat Kilau. Serta semestinnya rakan-rakan lakon yang sama-sama berkongsi babak dan bingkai.

“Yang baru berpeluang ketemu serta menjalin silaturahim dan yang telah biasa bekerjasama, teruskan bekerja untuk karya dan semoga senantiasa dirahmati dengan hasil yang baik,” tulisnya.

Beto, 41, memainkan watak sebagai rakan Mat Kilau bernama Wahid yang turut sama dalam misi menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.

BACA:

Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak

Pakar minta kerajaan campur tangan isu kenaikan tarif elektrik, beri subsidi bersasar

Malaysia sedia hadapi gelombang baharu Covid-19, dijangka 2 bulan lagi