Seperti yang kita tahu, kalendar moden bermula pada pada 1 Januari setiap tahun.
Pada tarikh tersebut, banyak negara telah mengadakan keraian dan sambutan secara besar-besar bagi menyambut hari pertama dalam kalendar baharu.
Sungguhpun begitu, pernah tak anda terfikir jika ada mana-mana tamadun dalam sejarah manusia yang menyambut tahun baru bukan pada 1 Januari?
Pada zaman dahulu kala, kebanyakan negara tidak menggunakan kalendar moden yang mana tahun baharunya bermula pada tarikh seperti yang kita semua tahu.
Setiap penduduk yang terdiri daripada pelbagai kebudayaan ketika itu menggunakan kaedah yang tersendiri untuk mengira tarikh dan musim.
Kalendar-kalendar terdahulu telah bermula pada beberapaa tarih termasuklah 25 Mac dan 25 Disember.
Jadi, dalam banyak-banyak tarikh, kenapa 1 Januari masih dipilih sebagai tarikh pertama untuk memulakan sesuatu tahun?
Nama Januari ini datang sejak era empayar Rom lagi
Pada zaman empayar Rom, penduduk-penduduk dalam empayar berkenaan mempercayai terdapat satu Dewa yang dinamakan sebagai Janus.
Janus merupaka dewa bagi segala pintu dan pagar serta memiliki dua wajah, satu menghadap ke depan, satu lagi menghadap ke belakang.
Pemerintah Rom ketika itu, Julius Caesar berfikir nama Januari yang diambil daripada perkataan Janus adalah sesuai dijadikan bulan pertama dalam kalendar.
Beliau ini berpendapat bahawa nama dewa ini sesuai dijadikan bulan pertama yang dianggap sebagai pintu masuk ke tahun baru.
Oleh sebab itu, beliau telah menjadikan 1 Januari sebagai hari pertama untuk setiap tahun ketika mencipta Kalendar Julian.
Bagi Caesar, Kalendar Julian merupakan satu alat politik dan senjata.
Pada awalnya, ketika tentera Rom menguasai tanah jajahan baharu, empayar berkenaan akan memberikan kebebasan terhadap wilayah yang ditaklukinya untuk mengekalkan kepercayaan dan adat resamnya.
Bagaimanapun, apabila kalendar berkenaan diperkenalkan, semua kawasan jajahannya perlu menggunakan kalendar tersebut.
Penggunaan kalendar berkenaan itu seterusnya mengukuhkan kedaulatan empayar Rom serta kekuasaan yang dimiliki Caesar.
Selepas empyar Rom jatuh, beberapa wilayah baharu wujud dan ada usaha untuk menggunakan tarikh baharu sebagai permulaan tahun baharu.
Sungguhpun begitu, 1 Januari masih diiktiraf sebagai hari pertama dalam kalendar khususnya dalam kalangan orang awam.
Jumlah hari dalam kalendar
Kalendar Julian secara kasarnya dilihat tidak memiliki sebarang perbezaan dengan kalendar moden yang digunakan pada waktu sekarang.
Akan tetapi, terdapat ralat sebanyak 11 minit yang dibuat oleh Caesar dan Sosigenus sewaktu mengira jumlah hari dalam tahun solar.
Jumlah hari dalam kalendar solar adalah 365.24199, yang mana berbeza dengan kiraan Cesar iaitu 365.25
Bagi memperbetulkan kesilapan pada Kalendar Julian, saintis Itali, Aloysius Lilius telah mencipta sistem baharu iaitu kewujudan tahun lompat.
Sungguhpun kalendar moden digunakan secara meluas pada masa sekarang, masih terdapat beberapa kalendar unik yang memulakan hari pertama kalendar pada tarikh yang berbeza.
Di India, kalendar Saka yang bermula dengan tahun baru pada bulan Mac digunakan bersama-sama dengan kalendar moden.
Di China, negara tersebut akan memulakan tahun baru pada fasa bulan baharu kedua selepas soltis musim sejuk, sekitar akhir Januari atau Februari.
Manakala, kalendar Hijrah yang digunakan oleh umat Islam pula tahun baharunya bermula pada bulan Muharram.
BACA: Bosan tak tahu buat apa sebab kaya sangat, wanita ini nekad cuci pinggan