BERSATU Kelantan minta jangan dipanjangkan lagi isu perkauman

BERSATU Kelantan minta jangan dipanjangkan lagi isu perkauman

Isu Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim yang dikatakan menulis status perkauman di Facebook tidak perlu dipanjangkan kerana beliau sudah meminta maaf.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pengakuan keterlanjuran secara terbuka dibuat Borhanuddin sepatutnya menjadi pengakhiran kepada episod tersebut dan tidak perlu lagi menjadi perdebatan mana-mana pihak.

Terdahulu, tular dalam media sosial status kontroversi pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona yang dikatakan berbentuk perkauman.

Status menghina Kisona selepas beliau tewas kepada pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman yang berlangsung di Finland, kelmarin mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga laporan polis dibuat.

Susulan itu, Borhanuddin membuat permohonan maaf secara bertulis dan mengakui keterlanjurannya selain menawarkan diri untuk meletak jawatan dipegang ketika ini bagi menjaga nama baik parti.

COMMENTS