Selagi ada tenaga, peluang, dan ruang, jangan pernah berhenti daripada mengejar cita-cita.
Itulah yang ingin dikongsi setelah seorang pemuda yang awalnya bekerja sebagai tukang cuci bangunan
Dan kini telah menjadi seorang anggota polis.
Pemuda tersebut dikenali sebagai Mohd Radzi, yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai tukang cuci bangunan di Mukah, Sarawak selama setahun.
Kemudian, Radzi menerima tawaran untuk menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) sebagai konstabel.
Sebaik menerima tawaran itu, saya tidak berfikir panjang kerana itulah kerjaya impian saya sejak kecil.
Saya tidak menyangka tawaran menyertai PDRM datang selepas saya bekerja dan mandiri sebagai tukang cuci bangunan.
Selepas menjadi anggota polis, kini Radzi bercita-cita untuk menyertai latihan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebagai pegawai kanan.
Semoga kisah Radzi ini dapat menjadi pemangkin semangat bagi mereka di luar sana yang masih memiliki cita-cita.
Jangan pernah berhenti mengejar impian, ya.
BACA: Baru je isi dah habis, disangka tangki minyak bocor rupanya habis diminum monyet