Berlaku di Malaysia! Tak bayar hutang pemadam, budak 9 tahun terpaksa jadi hamba s*ks

Kejam! Budak umur 9 tahun dirogol sebab tak bayar hutang beli pemadam.

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak perempuan itu dikatakan mematahkan pemadam rakan dan tidak cukup wang untuk menggantikannya dengan pemadam baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata,

kejadian itu berlaku tahun lalu di Kuala Lumpur dan suspek melibatkan dua kanak-kanak masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun.

Berdasarkan siasatan pihaknya, mangsa telah bersetuju untuk menjadi pemuas nafsu untuk membayar hutang.

Berlaku di Malaysia! Tak bayar hutang pemadam, budak 9 tahun terpaksa jadi hamba s*ks

Ia kerana, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti.

Jelas beliau, pihak polis membuka kertas siasatan kerana melihatnya sebagai trend terkini dalam generasi baharu.

Memandangkan semua yang terbabit berumur di bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

Menurutnya, terdapat peningkatan kes rogol setiap tahun termasuk dalam kalangan bawah umur.

Lebih membimbangkan, kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah lebih besar.

BACA: Siapa pengacara terkenal yang suka berpantun ketagih langgan pelacur ni?