Berhenti kerja sebab minat, kini wanita ini mempunyai 60 juta pengikut di Youtube

Berhenti kerja sebab minat, kini wanita ini mempunyai 60 juta pengikut di Youtube

Berhenti kerja sebab minat, kini wanita ini mempunyai 60 juta pengikut di Youtube. Lahir dan dibesarkan di Australia, wanita ini berkahwin dan berpindah ke Dubai.

Selama 3 tahun beliau berpindah dari satu kerja ke satu kerja yang lain, namun semuanya tidak memuaskan.

Minatnya terhadap kereta membuatkan dia menyewa sebuah Bugatti pada satu hujung minggu dan memuatnaik review di internet. Ramai yang sukakan video itu dan ini membuatkan dia terus membuat video demi video.

Selama 52 minggu menghasilkan 1 video seminggu, akhirnya Alex Hirschi berhenti kerja sebagai DJ radio untuk meneruskan minatnya.

Hari ini, Alex yang lebih dilenali sebagai Supercar Blondie mempunya 60 juta followers di media sosial!

Hari ini juga, dia merupakan reviewer kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 super car.

Satu prinsip yang dipegang hingga sekarang ialah pedulikan cakap orang dan buat sahaja apa yang kita minat.

Berhenti kerja sebab minat, kini wanita ini mempunyai 60 juta pengikut di Youtube

Permulaan perjalannya sebagai reviewer kereta mewah bukan mudah. Terpaksa mengeluarkan wang sendiri, dkritik hanya kerana dia bukan lelaki malah banyak syarikat kereta menolak cadangan kerjasama kerana dia seorang wanita.
Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya hinggalah usahanya menyebabkan syarikat besar seperti Bugatti dan Ferarri menawarkan peluang untuknya.

Hari ini beliau satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah bagi mempromosikan model baru mereka.

Katanya, “Letakkan diri anda dikeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”
Sumber: Alhushairi Samsudin

BACA:

Ini perkara penting wajib ambil tahu sebelum tukar ‘sport rim’, ramai yang tidak kisah

Wanita promosi khidmat pasang ‘braces’ milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon