Sejak kebelakangan ini, isu bekalan beras timbul dalam kalangan rakyat Malaysia
Isu bekalan beras kian meruncing telah menyebabkan ramai orang tak dapat membeli beras lebih murah dan terpaksa beli beras yang lebih mahal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang wanita yang memakai baju yang mempunyai corak seperti beras sempat berseloroh..
Lihat video tersebut di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita ditegur oleh seorang lelaki yang bertanya adakah wanita tersebut menjual beras.
Secara bersahaja wanita itu berseloroh dengan mengatakan beras 10kg sudah habis tetapi yang tinggal beras 70kg sambil menunjukkan pakaiannya.
Beras 70kg..🤔 pic.twitter.com/XKcaZnfGTQ
— Jalal Misai (@jllmisai) September 24, 2023
“Lawak akak ni natural gila” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 237.5K views, 1.2K reposts, dan 1.7K likes.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:
Okay, mana akak ni beli baju beras tu.