Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500

Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500

Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500. Kajian menunjukkan 72 peratus lepasan SPM enggan sambung belajar kerana bagi mereka selepas 4 tahun di IPTA mereka akan dibayar gaji RM1,500, justeru ada pandangan perlu kepada gaji minumum untuk siswazah.

Dengan gaji RM1,500 walaupun lulusan siswazah bagi mereka tidak berbaloi kerana bukan sahaja menggung kos hidup yang tinggi dalam masa yang sama harus membayar hutang PTPTN.

Sebab itu habis sahaja belajar mereka lebih rela jadi ‘rider’ atau pelayan kedai dengan gaji sedemikian cukup untuk sara hidup tanpa perlu memikirkan soal hutang belajar.

Pensyarah Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pada Sabtu, menerusi Facebooknya meminta masyarakat tidak boleh dengan mudah menyalahkan lepasan SPM jika mereka tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sebaliknya memilih untuk menjadi ‘rider’ yang menerima pendapatan 2-3 ribu sebulan.

Katanya, walaupun menyambung pelajaran peringkat diploma dan ijazah bermakna mereka juga akan mula berhutang dengan PTPTN.

Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500

“Bayangkan jika selepas empat tahun belajar dan bergraduan, mereka hanya dibayar gaji RM1,500 atau lebih rendah, bagaimana mereka mampu untuk membayar hutang PTPTN dan terpaksa juga meneruskan kehidupan dengan menyewa
rumah atau bilik, kos pengangkutan ke tempat kerja, kos makan minum dan komitmen yang lain?” soal beliau.

Beliau tidak menolak sektor perniagaan dan perkhidmatan di negara semakin bercelaru dengan struktur gaji pemula.
“Ada kelayakan ijazah dan diploma tapi gaji yang ditawarkan sangat rendah. Kata-kata seperti ‘asalkan ada kerja ok dah’, ‘jangan memilih sangat kerja’, tidak membantu malah sebenarnya tidak wajar jika kita faham situasi mereka yang terpaksa menanggungnya” ujar beliau.

Malah beliau berkata, terdapat ramai graduan dibayar gaji di bawah kelayakan (underemployment).

“Apa yang sering berlaku, beberapa bulan setelah bekerja, ramai antara mereka terpaksa berhenti kerja kerana pendapatan tidak cukup untuk membiayai kos hidup khususnya di bandar besar,” katanya.

Sebab itu jelas pensyarah ini kerajaan kena lihat situasi ini dan sepatutnya mengumumkan kadar gaji minima siswazah.

“Sekurang- kurangnya ini menjadi panduan kepada majikan dan masyarakat. Dan mengelakkan berlakunya manipulasi pihak majikan.

“Misalnya umumkan RM2,500 adalah gaji minima untuk siswazah. Setelah ditolak hutang PTPTN, kos hidup (makan, pengangkutan, sewa, utiliti), sebenarnya tidak ada yang berbaki lagi.

“Jika ada graduan yang bersedia menerima gaji di bawah gaji minima siswazah, itu pilihan masing-masing. Tapi sekurang-kurangnya, mereka maklum adanya gaji minima siswazah,” katanya lagi.

BACA:

Bantuan RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal, mohon sekarang

Malaysia jadi negara pertama hasilkan Graphene, 200 kali ganda lebih kuat dari logam

Imam Muda kantoi khalwat dengan janda anak 4