Bela anjing K-9, Fezrul dikecam ramai

Bela anjing K-9, Fezrul dikecam ramai

Bela anjing K-9, Fezrul dikecam ramai. Pelakon Fezrul Khan tidak kisah dikecam berikutan tindakan memelihara enam anjing jenis K-9 untuk menjaga kebunnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malah apa yang dilakukan berpandukan al-Quran.

Baru-baru ini, Fezrul dikecam, malah perkongsian mengenai anjing peliharaan yang diracun dalam laman Instagram (IG) mendapat pendebatan, baru-baru ini.

Fezrul atau nama sebenarnya, Fezrul Khan Junaidi Khan, 40, berkata sukar untuknya membahaskan isu peliharaan anjing berikutan terdapat banyak mazhab.

“Susah sebenarnya hendak bercakap kerana kita ada banyak mazhab, jadi lebih senang jika saya berpandukan kepada al-Quran.

“Jika ada sebarang kemusykilan, biasanya saya akan merujuk kitab suci kerana Allah yang menurunkan al-Quran, bukannya mazhab.

Bela anjing K-9, Fezrul dikecam ramai

“Sekiranya masih sukar mendapatkan kefahaman, barulah saya akan merujuk atau berjumpa dengan ustaz,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Aku Seorang Perempuan siaran TV9 secara virtual, petang ini.

Fezrul dikecam berikutan perkongsian mengenai anjing peliharaan yang diracun dalam laman IG, baru-baru ini. - Foto IG Fezrul Khan

Fezrul dikecam berikutan perkongsian mengenai anjing peliharaan yang diracun dalam laman IG, baru-baru ini. – Foto IG Fezrul Khan

Menurut Fezrul, ramai orang yang tidak gemar merujuk kepada al-Quran, sebaliknya lebih mempercayai ceramah pendakwah bebas.

“Mereka tidak mahu membaca atau merujuk pada al-Quran, tetapi lebih percaya kepada apa yang dikatakan penceramah.

“Sedangkan kita ada pelbagai mazhab. Contohnya, mazhab kita berbeza di Makkah. Jadi, ada umat Islam yang membela anjing,” katanya.

Awal bulan ini, tindakan Fezrul berkongsi video dan kelihatan memegang anjing peliharaannya dalam IG Story menimbulkan kecaman.

Ramai tertanya-tanya adakah pelakon itu membela haiwan berkenaan berikutan video kelihatan dalam rumah.

Namun, Fezrul mendedahkan, dia membela enam anjing bagi menjaga kebunnya.

Baginya, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana memelihara binatang untuk tujuan keselamatan terutama pada waktu malam, memandangkan bersendirian di kebunnya.

BACA:

Sambut hari lahir di Mekah, Awie zahir kesyukuran

Anwar mulakan tugas rasmi sebagai PM ke 10

Rampasan ganja hilang, polis dakwa dimakan ‘tikus’ di balai