Bekas Timbalan Ketua AMK kini Ketua Armada BERSATU Gombak

Bekas Timbalan Ketua AMK kini Ketua Armada BERSATU Gombak

Bekas Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham dipilih sebagai Ketua Armada BERSATU Gombak dalam mesyuarat penajaan sayap parti itu di bahagian Gombak.

Ahli-ahli Armada daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebulat suara menyokong kepimpinan Hilman menerajui sayap parti itu.

Turut hadir Ketua Armada Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal.

Hilman yang juga ADUN Gombak Setia merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Azmin Ali antara yang dipecat oleh PKR pada Februari 2020 kerana pembabitannya dalam Langkah Sheraton sekaligus menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang sempat mentadbir selama 22 bulan.

COMMENTS