Bekas pelajar kolej swasta terlepas ke tali gantung

Bekas pelajar kolej swasta terlepas ke tali gantung

Bekas pelajar kolej swasta terlepas ke tali gantung.Menjadi banduan akhir selama lima tahun, akhirnya, bekas pelajar kolej swasta terlepas tali gantung dalam rayuan terakhir selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukumannya bagi kesalahan mengedar dadah.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, melepas dan membebaskan V. Sathya selepas membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan tersebut.

Turut bersidang Hakim Datuk P. Nallini dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Dalam keputusan tersebut, Tengku Maimun, berkata tidak mengambil kira keterangan beramaran Sathya dan keterangan kakaknya oleh mahkamah mewujudkan prejudis material yang mengakibatkan salah laksana keadilan.

Bekas pelajar kolej swasta terlepas ke tali gantung


Beliau berkata ini adalah percanggahan undang-undang di bawah Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah.

“Kami mendapati merit dalam rayuan itu. Mengenai keseluruhan bukti, kami mendapati sabitan itu tidak selamat dan oleh itu kami membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman,” katanya.

Sathya, 30, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 27 November 2017 selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.8 kilogram (kg) dan 2.2kg yang disorok dalam dua bagasi berdekatan terminal tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 September 2013.

Dia kemudiannya gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menyebabkan dia memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan atas alasan salah laksana keadilan.

Sathya diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, M.Athimulan, Salim Bashir, Abdul Rashid Ismail, Low Wei Loke dan Kee Wei Lon manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Ng Siew Wee.

BACA:

9 khasiat Bunga cengkih yang ramai tak tahu, nombor 6 paling mujarab

PU Azman didakwa lima pertuduhan seksual