BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia Khamis malam pada usia 86 tahun.
Anak perempuan Allayarham, Nadjihah mengesahkan khabar berita tersebut.
Nadjihah berkata, bapanya dimasukkan ke hospital swasta dua hari lalu akibat komplikasi jantung.
tun_mohamed_dzaiddin
Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah
Menurutnya, Allayarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebelum solat Jumaat.
Dalam pada itu, Allahyarham meninggalkan isteri, Tengku Noriah Tengku Ismail, dan dua cahaya mata, Nadjihah dan Azlan.
Untuk rekod, Allahyarham yang dilahirkan pada1938 di Arau, Perlis pernah menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia pada 2000 hingga 2003.
Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, Kedah.