Bayaran BKM Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima

Bayaran BKM Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima

Bayaran BKM Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima. Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 mula menerima bayaran secara berperingkat bermula hari ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.74 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah penerima itu meliputi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang yang boleh menyemak status pembayaran pada tarikh sama melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

“Setakat ini, 8.6 juta penerima BKM diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, BKM Fasa 2 turut ditambah baik sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta sekali gus menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

Bayaran BKM Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima

Menurut Zafrul, BKM merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai perbandingan, katanya, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480) iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

Selain itu, beliau menjelaskan, jumlah penerima BKM juga meningkat sebanyak 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

“Peningkatan ini kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

“Ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini,” katanya.

BACA:

Gadis Malaysia 21 tahun sudah pakai Tesla, kongsi pengalaman

Setahun pun masih elok, ini tips simpan durian tak ramai orang tahu

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran keras