Bawa semua staf tunai umrah, jangan hanya ‘marketing’ sahaja

Bawa semua staf tunai umrah, jangan hanya 'marketing' sahaja

Bawa semua staf tunai umrah, jangan hanya ‘marketing’ sahaja. Alangkah bahagia rasanya di hati seorang pekerja apabila segala penat lelah dan bakti yang dicurahkan kepada syarikat benar-benar dihargai oleh majikannya.

Selalu kita dengar kisah majikan yang seolah-olah mengabaikan stafnya dan hanya tahu melancong ke Istanbul dan Dubai serta menukar kereta Vellfire dan Mustang baharu setiap tahun.

Menarik juga sesekali dapat kita dengar ada bos yang sanggup belanja ‘makan besar’ atau membawa kesemua stafnya menunaikan umrah seperti yang viral baru-baru ini.

Bawa semua staf tunai umrah, jangan hanya 'marketing' sahaja

Namun, setakat mana sebenarnya kemampuan syarikat tersebut? Adakah ini merupakan saja-saja gimik ‘marketing’? Apa pula kelebihan dan keburukannya? Betul ke nanti ada ‘lembaga’ yang akan kacau syarikat itu nanti?

Berikut merupakan pembongkaran dan pendedahan yang dibuat oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di Facebooknya mengenai syarikat yang dipercayai ingin membawa stafnya menunaikan umrah tersebut:

Umrah Majikan

MAMPUKAH SYARIKAT KITA PAYUNG SEMUA PEKERJA BUAT UMRAH?

2 hari lepas kecoh satu pasangan influencer yang jual produk kosmetik belanja semua staff pergi umrah. Bukan sorang, bukan 2 orang, tapi kesemua 120 orang!

Even yang kerja tak sampai sebulan pun layak!

Kagum jugak sebab tahu both of them umur masih muda (below 30) boleh bawa seramai itu memang sesuatu mengujakan.

Macam biasalah, saya ni kan pembeli SSM tegar, jadi belilah SSM syarikat mereka, just nak validate je adakah ini marketing semata mata sehingga buatkan company boleh bungkus ataupun memang company mereka layak dan mampu lakukan.

Anggapan saya ada 2 indikator kena lepas.

1) REVENUE MESTI 7 JUTA SETAHUN

+ 120 x RM6k sama dengan RM720k kos

+ Mereka jual kosmetik, margin besar jadi maybe ambil 10% daripada nilai jualan untuk tujuan ini

+ 10% daripada jualan mesti tak kurang daripada 7 juta

2) RETAINED EARNING MESTI LEBIH 700K

+ Nak company sustain, retain earning juga mestilah lebih daripada 720k sebab ambil semua buat belanja pergi umrah nak rolling macam mana kan?

So benda ni terbukti company mereka layak memberi pakej umrah ini sebab 2 indikator tadi lepas (Revenue 12 juta, retained earning 900k).

Actually takdelah perlu lepas pun, dah company dieorang ikut suka hati dieoranglah nak belanja macam mana kan? Cuma saya kongsi as indikator klu kita nak buat benda sama kepada syarikat kita boleh tengok dua faktor ni.

Kelebihan?

Actually kita nampak je company mereka spend banyak ni tapi kelebihan yang akan dapat sebenarnya lagi banyak. Antaranya:

1) Tarik talent nak kerja dengan company mereka

Sekarang talent susah nak dapat. Bagi insentif macam ni for sure beratur orang nak kerja dengan mereka.

2) Marketing

Ini for surelah free marketing mereka akan dapat. Media for sure akan cover story mereka. Kalau tengok FB mereka video tu dah cecah 500k view dah. Ini akan menaikkan jualan secara langsung kepada mereka.

3) Imej company

Saya ada jugak follow si suami kat TikTok, memang suka dengan vibes positive dibawa. Daripada buat kontroversi entah apa apa yang spend banyak jugak duit, baiklah buat marketing cara ini yang jauh lagi baik dan akan memberi imej baik kepada company.

Keburukan?

Tak nampak keburukan cuma team account mereka kena get readylah sebab bila dah dapat perhatian masyarakat awam ni lembaga yang suka kenakan cukai semua ni akan selalu intai-intai 😬

Good luck team axxxx bxxxx 💪

BACA:

Setelah lagunya tular di Malaysia, penyanyi Rusia ini buat lirik melayu pula

Rafizi dedah wujud syarikat palsu pindah duit projek LCS

Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku