Bawa kereta Honda mampu tapi bayar tol tak mampu

Bawa kereta Honda mampu tapi bayar tol tak mampu

Bawa kereta Honda mampu tapi bayar tol tak mampu.Isu Honda dan ‘tidak bayar tol’ boleh dikatakan salah satu perkara wajib berlaku setiap tahun di negara ini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana seorang pemandu Honda Civic ‘cucuk’ belakang keretanya kerana mahu mengelak daripada membayar tol.

Pada awal video tersebut sebuah Honda Civic berwarna silver mengundur kereta untuk memberi laluan kepada wanita berkenaan. Sejurus kereta wanita mula bergerak keluar dari plaza tol, pemandu Honda itu segera memecut keretanya rapat dengan kereta hadapan untuk melalui tol secara ‘percuma’.

Bawa kereta Honda mampu tapi bayar tol tak mampu

Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Civic itu kerana menjadi penceroboh tol dengan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Pada masa sama netizen turut berasa sedikit geram terhadap pemandu kerana ‘tersalah langkah’, bergerak terlalu perlahan dan tidak berhenti selepas palang sehingga menyebabkan kereta Honda Civic itu dapat melalui tol tersebut secara percuma.

@nhm0312 Hmm Bincangkan #Honda ♬ I Ain’t Worried – OneRepublic

BACA: Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar