Baru tiga hari berkahwin, wanita larikan diri lepas dapat tahu suaminya

Seorang wanita dilaporkan telah melarikan diri selepas mengetahui gaji suaminya hanya berjumlah RM1,170,

Dan tidak mampu menampung keperluan hidup mereka.

Lebih parah lagi, pasangan yang dilapor dari China itu baru sahaja berkahwin tiga hari.

Baru tiga hari berkahwin, wanita larikan diri lepas dapat tahu suaminya

Memetik laporan Vocket, pasangan pengantin tersebut bertemu melalui perkahwinan yang dirancang tiga tahun lalu.

Walaupun mereka jarang bertemu, tetapi pasangan itu memilih untuk berkahwin selepas keluarga pihak perempuan mendesak dia untuk berkahwin.

Isterinya sebelum berkahwin pernah mengaku bahawa dia tidak mempunyai perasaan yang kuat terhadap lelaki tersebut. Tetapi disebabkan desakan keluarga, mereka akhirnya memilih untuk melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin, isterinya baru bertanya berapakah gaji suaminya kerana mahu merancang kewangan rumah tangga mereka.

Suaminya difahamkan teragak-agak mahu mendedahkan gajinya.

“Saya seorang pekerja bermusim di syarikat, gaji saya 1,800 yuan (sekitar RM1,170) sebulan,” katanya.

Tiga hari selepas perkahwinan, isterinya mengemas bag dan berkata dia akan pulang untuk melawat keluarganya. Tetapi sejak itu dia tidak pernah pulang ke rumah suaminya.

Suaminya pula cuba untuk memujuk isterinya untuk pulang. Tetapi dia memberi alasan bahawa dia mahu tinggal di kampung. Suaminya mula merasa sangsi dengan kelakukan isterinya tersebut.

Bagi menyelamatkan perkahwinan mereka, lelaki itu memutuskan untuk berpindah ke rumah bapa mertuanya. Lebih setahun berlalu, isterinya masih tidak berniat untuk kembali kepada suaminya.

Selama ini, walaupun suaminya merasa kecewa dan sakit hati, tetapi dia cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Setiap kali cuti, dia akan menghantar wang kepada isterinya dengan harapan dapat mengeratkan hubungan mereka.

Isterinya dengan gembira menerima sampul tersebut, tetapi tidak berniat untuk pulang ke suaminya.

Baca juga:Aku selalu terima surat cinta dari pelajar tapi aku tak pernah layan.Tapi ada sorang pelajar ni buat aku rasa sesuatu