Baru je isi dah habis, disangka tangki minyak bocor rupanya habis diminum monyet

Rupa-rupanya, misteri pencuri minyak motosikal telah terjawab apabila sekor monyet tertangkap sedang ‘mencuri’ minyak dari motosikal dan meminumnya!

Kejadian ini berlaku di Panipat, utara India, dan telah menimbulkan kehairanan

Di kalangan beberapa pemilik motosikal yang sebelum ini mengalami kehilangan minyak secara misteri.

Baru je isi dah habis, disangka tangki minyak bocor rupanya habis diminum monyet

Beberapa pemilik motosikal di kawasan tersebut terkejut apabila mengetahui bahawa pencuri minyak motosikal yang selama ini mereka sangka adalah manusia, sebenarnya adalah sekor monyet yang dikatakan ketagih meminum petrol.

Monyet tersebut dikatakan sering menyerang motosikal yang diparkir di kawasan pasar di Panipat, Haryana.

Lebih mengejutkan lagi, monyet tersebut menolak makanan seperti pisang dan kacang yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, monyet tersebut fokus dan leka meminum petrol hingga ‘khayal’.

Saksi yang menyaksikan kejadian tersebut menyatakan bahawa penduduk tempatan pernah beberapa kali cuba mengusir monyet tersebut dari tempat parkir kenderaan.

Gaurav Leekha, seorang sukarelawan di sebuah pertubuhan, menyatakan bahawa ketika monyet itu ditangkap, ia kelihatan sangat ketagih kepada petrol. “Ia tidak mahu makan walaupun diberi pisang dan kacang,” katanya.

Kejutan yang lebih besar ialah monyet yang ketagihan petrol itu seakan tidak mengendahkan kehadiran orang ramai ketika melakukan perbuatan tersebut.

Monyet tersebut biasanya akan menunggu sehingga tiada sesiapa berada dekat dengannya sebelum meminum petrol melalui saluran paip bahan api.

Namun, setelah memulakan aktiviti tersebut, monyet itu nampaknya tidak lagi ambil peduli terhadap orang lain atau keadaan sekeliling.

BACA: “Jujur aku rindu dengan bekas suami, kalau aku pergi jumpa keluar bekas suami sebab nak contact balik dengan bekas suami agaknya dorang marah ke?”