‘Bapak panjang!’ Wanita ini punyai nama paling panjang dalam dunia sampai 60cm panjang dia!
Nama merupakan ciri terpenting bagi mewakili identiti seseorang. Bukan sahaja manusia, semua benda sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa memerlukan nama untuk mewakilinya.
Umumnya, nama diberi ketika dilahirkan. Namun, bukanlah satu perkara yang asing apabila ibu-bapa sudahpun mempunyai nama untuk anak masing-masing sejak mereka masih dalam kandungan lagi.
Jadi, boleh dikatakan nama kita sebenarnya ditentukan oleh orang, sejak dari dahulu lagi. Situasi ini adakalanya boleh mendatangkan masalah, lebih-lebih lagi jika ibubapa bertindak menamakan anak dengan nama-nama yang aneh.
Antaranya nama-nama berdasarkan watak-watak rekaan, objek-objek tertentu, abjad atau formula matematik serta pelbagai lagi.
Hendak tak hendak, anak-anak terpaksa membesar dengan nama-nama berkenaan dan hanya mampu bersabar menempuh cabaran yang menanti.
Bercakap soal nama ini, seorang wanita di Amerika Syarikat pernah menjadi viral sebelum ini apabila memiliki nama terpanjang di dunia. Malah, nama yang dimilikinya turut mendapat pengiktirafan oleh Guinness Book of Record.
Memiliki cita-cita yang besar, ibubapa wanita itu mahukan anak perempuannya memiliki nama terpanjang di dunia.
Justeru, apabila dia dilahirkan pada 18 September 1984, Sandra Williams dan pasangan sepakat mendaftarkan namanya dengan nama Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahiran.
Bukan setakat itu, nama sebenarnya lebih panjang
Jika anda berpendapat bahawa nama tersebut sudah cukup panjang, anda silap kerana kedua ibubapanya masih tidak berpuas hati.
The longest name to appear on a birth certificate is Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams.#OTD in 1984, her father looked to extend her first name to 1,019 letters and her middle name to 36 letters. pic.twitter.com/XG6iUMi237
— Guinness World Records (@GWR) October 5, 2020
Mereka mengambil keputusan untuk menfailkan pindaan nama anak mereka tiga minggu kemudian dan menambah nama baharu dalam sijil kelahiran.
Dengan pindaan tersebut, nama wanita itu secara keseluruhan memiliki 1,019 abjad dan kekal sehingga ke hari ini. Malah, mereka menambah sebanyak 36 abjad untuk nama tengahnya sahaja.
Akhirnya, wanita itu didaftarkan dengan nama, Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnaerenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny aetheodoradilcyana.
Bukan namanya sahaja yang panjang, wanita itu juga memiliki sijil lahir lain daripada yang lain. Menurut News18, wanita itu memerlukan sijil lahir sepanjang dua kaki untuk memuatkan semua abjad-abjad tersebut.
Tidaklah mengejutkan apabila orang ramai mendapati nama itu sukar disebut kerana terlalu panjang, dan ini termasuklah kepada Sandra sendiri.
Jadi, walaupun memiliki nama terpanjang di dunia, wanita itu hanya dipanggil dengan nama Jamie sahaja untuk memudahkan semua pihak.
Sebagai pemilik nama tersebut, Jamie sendiri mengakui sukar untuk menghafal namanya. Seperti apa yang dilaporkan oleh The Mirror, dia terpaksa merakam bunyi sebutan namanya dan memainkan berulang-ulang kali samata-mata untuk mengingatinya.
Jamie juga pernah membuat penampilan istimewa dalam Oprah Winfrey Show pada 1997 bersama ibunya. Ketika itu Sandra menjelaskan alasan kenapa Jamie memiliki nama sedemikian.
“Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya perlu berbeza dan saya akan pastikan namanya akan berada dalam rekod Guinness.”
BACA: