Bapa rakan sekelas cekik, ‘hempas’ ke tanah murid darjah tiga

Bapa rakan sekelas cekik, ‘hempas’ ke tanah murid darjah tiga.Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu cedera dipercayai akibat dicekik, diangkat dan dilepaskan ke tanah oleh bapa rakan sekelasnya pada Ahad lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, insiden cemas tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam tengah hari ketika mangsa berada di luar pagar sekolah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya (anak suspek).

Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu. Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

Bapa rakan sekelas cekik, 'hempas' ke tanah murid darjah tiga

Susulan daripada itu, suspek yang berang dipercayai bertindak agresif dengan mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempasnya/menjatuhkannya ke tanah.

Tindakan tersebut menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil kemungkinan disebabkan terkena batu. Pihak sekolah kemudian menghubungi bapa mangsa sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
TONTON :

BACA:

Jawatan kosong Penebar Roti Canai dibuka, gaji RM17,000 sebulan ditawar!

Orang ramai puji Aliff Aziz tepis isterinya bergelek

Mee Tonggek Putrajaya nekad saman wanita yang sebar video dakwa sotongnya ada ulat