Bapa ‘miang’ nak kahwin lagi tergamak gadai barang kemas anak

Melalui hantaran di TikTok, seorang wanita telah mendedahkan bahawa bapanya sebelum ini mengungkapkan hasrat untuk berkahwin lagi

Dan meminta bantuan daripadanya untuk membeli cincin bagi bakal isteri.

Dengan penuh kasih sayang, wanita tersebut sanggup menggadai rantai emas miliknya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Bapa 'miang' nak kahwin lagi tergamak gadai barang kemas anak

“Bapa nak kahwin baru, jadi dia pinjam duit dengan aku. Masa ini dia tak bekerja tapi dia terlibat dengan geng tabligh.

“Aku tak ada duit nak beli cincin kahwin dia, jadi aku terpaksa gadai rantai emas aku.

“Cantikkan rantai emas aku? Sekarang hanya tinggal kenangan,” ungkap wanita tersebut.

Namun, bapanya didapati tidak dapat melunaskan hutang dan tidak dapat dihubungi selepas beliau menikah.

ayah hutang kahwin baru

“Duit majlis kahwin semua guna duit aku sebab aku tak mahu melihat bapa hidup susah. Dia berjanji akan membayar balik apabila dia bekerja nanti, tetapi sampai sekarang dia senyap, tidak menjawab mesej, dan tidak mengangkat telefon,” tambahnya.

Wanita tersebut turut merasa kesal dengan tindakan bapanya dan berharap agar beliau dapat segera melunaskan hutang tersebut.

“Sampai hati abah, buat saya begini. Saya anak kandung abah, bukan anak tiri. Saya sampai masuk hospital, abah langsung tak ambil peduli, tidak bertanya khabar.

Setiap hari saya fikir mengapa dia perlakukan saya begini sehingga berat badan saya turun mendadak 10kg. Semoga pintu hati abah terbuka untuk membayar balik duit. Jika abah sakit, saya akan menjaga, jangan risau,” kesal wanita tersebut.

Dalam ruang komen, kebanyakan warganet mengutuk tindakan bapa wanita tersebut kerana meneruskan perkahwinan walaupun tidak mampu secara kewangan.

BACA: Ramai pengguna tertipu dengan plaza tol palsu, 18 bulan tak perasan