Bantuan Kewangan JKM : Ini tarikh bayaran 2023

Bantuan Kewangan JKM : Ini tarikh bayaran 2023

Bantuan Kewangan JKM : Ini tarikh bayaran 2023. Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Januari akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Jadual Bayaran Bantuan JKM Januari 2023
Bagi bulan Januari, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Januari 2023.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Januari, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Januari.

11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Kewangan JKM : Ini tarikh bayaran 2023
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;

Bantuan Kanak-kanak (BKK)
Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan Am Persekutuan (BA)
Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
Tabung Bantuan Segera (TBS)
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
11 Jenis Bantuan Kebajikan JKM
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan
Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Permohonan Manual
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

BACA:

Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum

Pinjam RM1000 bunga dekat RM19000, lelaki dedah padah pinjam Along