Banjir jernih setelah 5 jam hujan tak berhenti, dah macam swimming pool pula

Banjir jernih setelah 5 jam hujan tak berhenti, dah macam swimming pool pula

Banjir jernih setelah 5 jam hujan tak berhenti, dah macam swimming pool pula. Seperti yang ramai tahu, bencana banjir telah berlaku di negeri Kelantan dan jumlah mangsa meningkat dengan mendadak kepada 25,514 orang semalam. Lapor, Berita Harian.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eyra Zara memaparkan keadaan banjir terkini di rumahnya di Kelantan.

Menerusi video tersebut, wanita itu memaklumkan hujan turun tanpa henti selama 5 jam dan menyebabkan air banjir semakin naik ke dalam rumah.

Banjir jernih setelah 5 jam hujan tak berhenti, dah macam swimming pool pula

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai ialah keadaan air banjir yang memasuki rumah wanita itu dilihat sangat jernih dan berbeza dengan keadaan air banjir yang selalunya berwarna coklet cair seperti minuman ‘Teh Tarik’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat kejernihan air banjir tersebut sehingga disamakan dengan air penapis ‘Coway‘ dan air kolam renang.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 1.4M tontonan, 105.5K tanda suka, dan 1.1K komen di laman TikTok.

@cikraa_eyrazara Selepas 5 jam hujan tak berhenti juga #hujan2022 #banjir2022 #banjirkelantan ♬ bunyi asal aizul Mohammed – F

BACA:

Sultan Nazrin mahu tindakan tegas terhadap pihak racun fikiran rakyat dengan perkauman, agama

Lelaki rogol anak tiri sendiri ketika isteri sedang tidur

Sudah jarang muncul di TV, ini keadaan Salih Yaacob buat ramai terkejut