Banduan terlepas hukuman mati gara-gara urat gagal ditemui

Usaha untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang banduan berusia 73 tahun di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu gagal setelah pihak berkuasa berulang kali tidak dapat menemui urat yang sesuai untuk memberikan suntikan maut.

Josh Tewalt, Pengarah Jabatan Pembetulan Idaho, menyatakan bahawa usaha untuk mencari urat intravena yang sesuai bagi suntikan maut kepada Thomas Eugene Creech, seorang pembunuh bersiri yang dipenjarakan sejak 1974, telah dilakukan sebanyak lapan kali. Namun, usaha tersebut tidak berjaya.

“Selama hampir sejam, mereka cuba mencari urat di beberapa bahagian anggota badan Creech selepas mengikatnya,” kata Tewalt. Masalah ini berkaitan dengan isu kualiti urat.

Banduan terlepas hukuman mati gara-gara urat gagal ditemui

Kejadian ini menimbulkan isu yang dihadapi beberapa negeri di AS yang menjalankan hukuman mati, di mana mencari urat pada badan tahanan berusia atau yang mempunyai berat badan berlebihan menjadi sukar. Beberapa negeri kini sedang mempertimbangkan kembali kaedah pelaksanaan hukuman mati, dengan beberapa menggunakan nitrogen yang menyebabkan kematian banduan akibat sesak nafas.

Meskipun Mahkamah Agung AS menolak petisyen Creech untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati, penggubal undang-undang negeri, termasuk Idaho, terpaksa menghadapi cabaran untuk mencari alternatif pelaksanaan hukuman mati yang berkesan.

Peguam Creech menyatakan kemarahan mereka terhadap percubaan yang gagal dan menegaskan bahawa situasi ini menunjukkan risiko yang timbul apabila individu yang tidak dikenali atau tidak mendapat latihan sesuai bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman mati.

Creech, yang disabitkan bersalah membunuh lima orang pada 1970-an sebelum dipenjarakan, dijatuhi hukuman mati setelah membunuh seorang banduan lain di dalam penjara. Walaupun rencana untuk membiarkan waran kematian Creech tamat di Idaho, keputusan mengenai pemohonan waran baharu masih tidak jelas.

Baca juga: Shuib mimpi Siti Sarah dalam tidur, respon Watie buat ramai terkejut