BAKIPT : Bantuan awal kemasukan IPT, mohon sekarang

BAKIPT : Bantuan awal kemasukan IPT, mohon sekarang

BAKIPT : Bantuan awal kemasukan IPT, mohon sekarang. Sukacitanya bahagian Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) bagi sesi pengajian 2022.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan BAKIPT ini adalah sebagaimana di bawah.

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;

BAKIPT : Bantuan awal kemasukan IPT, mohon sekarang

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH
  • SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
  • Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
  • Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  • Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
  • Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Jumlah Bantuan
Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2022.

Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November 2021.

Cara-cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah
Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja melalui pautan berikut;

https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/

Dokumen Yang Perlu Disediakan
Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:

i) Salinan kad pengenalan permohon

ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)

iii) Salinan akaun bank / penyata bank

iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi

Kaedah Pembayaran
Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. >>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<

Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Telefon – 04 702 7272/7283

Laman Web – https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

BACA:

“Belajar penat-penat sampai Universiti, gaji baru RM2,000.. Lebih baik jadi TikTokers”

Kawal lalulintas sambil dukung bayi, aksi polis wanita ini curi tumpuan

Peniaga nasi lemak tak tahan tengok pelajar asyik kira duit syiling, ini pesanan beliau