Azmin tolak jawatan SU Agong Bersatu?

Ketua BERSATU Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilapor menolak tawaran presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha Agung.

Menurut laporan Free Malaysia Today, yang memetik sumber, Azmin memaklumkan beberapa Ketua Bahagian BERSATU Selangor mengenai penolakan tawaran berkenaan.

“Azmin dengan penuh prinsip tolak jawatan berkenaan dan mahu fokus kepada PN Selangor yang diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.

‘Namun, ada juga desas-desus mengatakan Azmin tak sanggup ‘downgrade’ dirinya daripada menang Timbalan Presiden PKR untuk jawatan Setiausaha Agung,” kata sumber itu kepada FMT.

NST cuba menghubungi Azmin untuk mendapatkan komen lanjut.

Sabtu lalu, BERSATU ‘memperkenalkan’ lima barisan pemimpin tertingginya menjelang pemilihan parti itu Oktober depan.

Setiausaha Agungnya sekarang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Presiden.

Parti itu turut mencadangkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin untuk dilantik sebagai Naib Presiden manakala Azmin dicadangkan sebagai Setiausaha Agung BERSATU.

Baca : Nonny buat hal live terkangkang sambil berkemban, habis semua nampak